(Tulisan asal pada tahun 1989 dalam bahasa Perancis oleh: Mohamed Chetty)
Apabila kita meninggalkan dunia ini ke 'dunia' yang lain, ia boleh diumpamakan seperti satu perjalanan ke suatu negeri, perjalanan yang mana....
Yang mana tidak dijumpai detail tentangnya di mana-mana risalah kecuali di dalam Quran dan hadis.
Yang mana pesawatnya bukanlah Malaysian Airlines, atau South African Airways tetapi adalah 'Penerbagan Jenazah'.
Yang mana bagasi kita tidaklah hanya terhad kepada 25kg tetapi adalah amalan kita, tidak kira sebanyak mana pun beratnya. Kita tidak perlu bayar untuk bagasi yang lebih, malah dibawa dengan percuma, pujian bagi Pencipta kita!
Yang mana pakaian kita bukanlah sut Pierre Cardin atau yang seumpamanya tetapi adalah kain cotton putih.
Yang mana wangian kita bukanlah Chanel, Paco Rabane atau Hugo Boss tetapi adalah kapur barus dan minyak atar.
Yang mana pasport kita bukanlah Passport Malaysia atau Passport British tetapi adalah Passport Al Islam.
Yang mana visanya adalah LAA ILAAHA ILLALLAH.
Yang mana anak-anak kapalnya bukanlah pemuda-pemudi yang elok parasnya tetapi adalah malaikat maut.
Yang mana servis di dalamnya bukanlah first class atau ekonomi, tetapi adalah taman syurga atau lembah neraka.
Yang mana destinasinya bukanlah Heathrow Termonal atau Jeddah International Terminal, tetapi adalah perkuburan.
Yang mana pegawai imigresennya adalah Munkar dan Nakir.
Mereka hanya memeriksa ke tempat mana kita akan pergi.Yang mana di sana tiada pegawai kastam.
Yang mana lapangan transit kita adalah di alam Barzakh.
Yang mana destinasi terakhir kita adalah ke pintu syurga yang mengalir sungai di dalamnya atau ke pintu neraka yang membakar.
Perjalanan ini tidak perlu dibayar tambangnya dan tiada perbelanjaan lainnya . Ia adalah percuma semata-mata, jadi simpanan kita tidak akan boleh digunakan lagi.
Penerbangan ini tidak akan boleh dirampas, jadi jangan risau tentang pengganas.
Makanan tidak akan dihidangkan di sini, jadi jangan risau tentang alahan pada makanan atau samaada makanan itu halal atau tidak.
Jangan risau tentang kelewatan atau tundaan, kerana pesawat ini menepati waktu. Ia berlepas dan mendarat pada waktu yang ditentukan.
Tidak perlu risau kepada program hiburan kerana rasa untuk berhibur akan hilang lenyap.
Tidak perlu risau untuk menempah tiket kerana tiket kita telah ditempah sejak janin kita terbentuk di dalam perut ibu kita lagi.
Oh! khabar gembira akhirnya...Jangan bimbang tentang siapa yang akan duduk di sebelah kita kerana kita akan menikmati layanan penuh kemewahan menjadi satu-satunya penumpang di dalam pesawat...jadi, nikmatilah ia jika mampu berbuat demikian......HANYA JIKA KITA MAMPU...!!!
-- DENGAN SEKALI RENTAPAN, PERJALANAN INI BERLANGSUNG TANPA AMARAN--
komen anda amatlah dihargai.Sekian.
BLOG MADRASAH TAHFIZ DAN ALIMAH SELANGOR NO KOD SEKOLAH JAKIM: BZH8031
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hafizah dan Alimah Selangor.
Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah ...
-
Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat adalah sebuah institusi tahfiz berasrama untuk pelajar perempuan. FAQ: 1- Madrasah ni ada akademik t...
-
PROSES PERMOHONAN VISA IKHTISAS SELANGOR UNTUK PELAJAR TAHFIZ PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (di Pinggiran Subang, Daerah Petaling. ) Bag...
-
Impian kami nak lahirkan sebanyak mungkin hafizah di Pinggiran Subang, Subang Bestari, Subang Dua dan kawasan sekitar yang berdekatan. Sekol...
BACA POST LAIN PULAK?
HUBUNGI PTAZ LILBANAT
PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)
No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150
Shah Alam,Selangor, Malaysia
NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:
MUDIRAH / PENGETUA:
USTAZAH HAZWANI (0176393257)
PIHAK PENGURUSAN:
Pejabat PTAZL (01129847699)
USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan