Isnin, 31 Januari 2022

Sumbangan dan tajaan.

Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat adalah madrasah yang menjalankan operasi dengan yuran. Kami mengambil yuran bagi pelajar yang mampu dan memberi pengurangan yuran bagi pelajar asnaf.

Sebanyak manapun kami ingin membantu, ternyata sumber kami juga terhad.Syarikat gergasi pun boleh muflis dan gulung tikar dengan tamparan pandemik covid apatah lagi madrasah yang kecil. 

Alhamdulillah, madrasah bertahan sehingga akhir pandemik, tetapi menanggung overhead yang tinggi yang akhirnya menjadi tunggakan institusi. 

Dua tahun kebelakangan ini, ibu/bapa/penjaga kepada pelajar-pelajar kami banyak yang terjejas dan meninggalkan tunggakan yuran yang agak besar untuk madrasah tanggung sendirian (jumlah tidak temasuk diskaun yuran dan juga program pengurangan yuran bagi asnaf). 

 Klik link Sumbangan Operasi dan pembangunan:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=368   untuk membantu madrasah.

Banyak yang terkandas, dan banyak pula yang menanggung beban hutang. Adakah Tuan Puan mahu menjadi salah seorang penyumbang sama ada bagi pelajar dengan melunaskan tunggakan yuran mereka (akan kami potong beban yuran mereka sebagai langsai tunai hutang) atau menaja yuran pelajar asnaf atau melangsaikan tunggakan lama pelajar bukan asnaf yang terkesan pandemik.

 Klik Sumbangan Tajaan Pelajar:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=366 untuk membantu pelajar.

Moga Allah balas dengan kebaikan pula.


KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH

  Program cuti sekolah untuk anak-anak perempuan yang berumur 7- 17 tahun.  Anak-anak buang masa di rumah musim cuti? Nak hantar tahfiz tapi...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)