Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

PROSES VISA PELAJAR TAHFIZ

Imej
PROSES PERMOHONAN VISA IKHTISAS SELANGOR UNTUK PELAJAR TAHFIZ PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (di Pinggiran Subang, Daerah Petaling. ) Bagi pelajar asing yang ingin memohon belajar di PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT, perlulah membayar Yuran kemasukan madrasah RM500.00+ RM900.00 tiga bulan yuran bulanan madrasah terlebih dahulu. Bagi permohonan visa kali pertama, hendaklah membuat bayaran RM1000.00 untuk visa (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah), dan bayaran untuk setiap kali lanjutan adalah RM150.00 (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah). Pemberian tempoh visa bergantung pada keputusan temuduga Pihak JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) DAN tempoh surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam, JAKIM. 1-Submit permohonan & dokumen yang dikehendaki secara online ke e-ikhtisas, JAKIM untuk pelajar 18 tahun ke atas sahaja, jika bawah 18 tahun ke bawah, dapatkan borang di pejabat JAIS sahaja. (tidak perlu upload dokumen di e-ikhtisas).