Selasa, 28 Ogos 2018

PROSES VISA PELAJAR TAHFIZ

PROSES PERMOHONAN VISA IKHTISAS SELANGOR UNTUK PELAJAR TAHFIZ PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (di Pinggiran Subang, Daerah Petaling. )

Bagi pelajar asing yang ingin memohon belajar di PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT, perlulah membayar Yuran kemasukan madrasah RM500.00+ RM900.00 tiga bulan yuran bulanan madrasah terlebih dahulu.

Bagi permohonan visa kali pertama, hendaklah membuat bayaran RM1000.00 untuk visa (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah), dan bayaran untuk setiap kali lanjutan adalah RM150.00 (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah). Pemberian tempoh visa bergantung pada keputusan temuduga Pihak JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) DAN tempoh surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam, JAKIM.



1-Submit permohonan & dokumen yang dikehendaki secara online ke e-ikhtisas, JAKIM untuk pelajar 18 tahun ke atas sahaja, jika bawah 18 tahun ke bawah, dapatkan borang di pejabat JAIS sahaja. (tidak perlu upload dokumen di e-ikhtisas). 

2-Temuduga di pejabat JAIS, SHAH ALAM (pastikan hari yang betul dengan calon temuduga)- JAIS MENETAPKAN MESTI DI HANTAR OLEH WAKIL MADRASAH.

Selasa untuk GURU,
Rabu untuk PELAJAR  18 TAHUN KE ATAS,
Isnin dan Selasa untuk PELAJAR 18 TAHUN KE BAWAH

Sesi pendaftaran temuduga di JAIS adalah 8:00-9:00 pagi. Sesi temuduga biasanya mengambil masa sehingga 12 tengahari.

3-Selepas mendapat kelulusan JAIS, perlu tunggu kelulusan daripada JAKIM dan ambil surat kelulusan di pejabat JAKIM PUTRAJAYA atau minta salinan daripada Pihak JAIS  (surat sokongan JAKIM diperoleh dalam masa 7 hari bekerja setelah permohonan dihantar)

4-Binding semua dokumen (seperti senarai di dalam gambar) termasuk setiap mukasurat pasport.

5-Cop duti setem/personal bond di Jalan Duta, Kuala Lumpur-sendiri atau wakil.

6-Urusan hantar dokumen imigresen ke Putrajaya (jika pertama kali) @ imigresen Shah Alam (jika lanjutan)- perlu dapatkan nombor giliran sebelum  pukul 7 pagi, sebaiknya anda bertolak dari rumah sebelum Subuh.

7-Hari pengambilan visa biasanya ditentukan oleh Pihak Imigresen dalam tempoh 2-3 minggu. Sila pergi di awal pagi. Tempoh menunggu  visa diproses biasanya memakan sehari, pagi sehingga petang. Rancanglah perjalanan anda sebaiknya.

*Penting:
*Buatlah permohonan visa sekurangnya sebulan  sebelum tamat visa / permit masuk Malaysia.
* Jika wakil yang uruskan visa, perlu ada surat wakil daripada madrasah.
 *Jika anda ingin menyambung visa  dari penganjur yang lain, pastikan anda telah mohon     surat tukar penganjur daripada madrasah yang terdahulu.
*Jika anda salahgunakan visa, madrasah boleh adukan kepada pihak berkuasa dan visa anda akan dibatalkan.

Ahad, 20 Mei 2018

TAJAAN RAMADHAN

#RamadhanMenjelmaLagi
#PersiapanMenyambutRamadhan

Assalamualaikum, 
Sempena kedatangan Ramadhan, kami mengalu-alukan sumbangan seikhlas hati sama ada dari bentuk bahan mentah atau kewangan untuk perbelanjaan madrasah. 
Pelajar 144 orang, jika termasuk guru-guru dan pihak pengurusan semuanya 165 orang. 
Untuk makluman jika sahabat sahabat nak buat tajaan buka puasa /moreh ke madrasah Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat boleh hubungi:

Tuan Haji Age +60193033362
Ummi Siti Nazirah +60 12-234 2452
Ustazah Hazwani +6017-6393257

*PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT*
*(MAYBANK 562740131231)*
*Sumbangan Ramadhan* 

“Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". {Surah Saba’ Ayat 39}
=======================

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH

  Program cuti sekolah untuk anak-anak perempuan yang berumur 7- 17 tahun.  Anak-anak buang masa di rumah musim cuti? Nak hantar tahfiz tapi...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)