Memaparkan catatan dengan label PENGAJIAN KITAB/ ALIMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGAJIAN KITAB/ ALIMAH. Papar semua catatan

Isnin, 31 Januari 2022

Sumbangan dan tajaan.

Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat adalah madrasah yang menjalankan operasi dengan yuran. Kami mengambil yuran bagi pelajar yang mampu dan memberi pengurangan yuran bagi pelajar asnaf.

Sebanyak manapun kami ingin membantu, ternyata sumber kami juga terhad.Syarikat gergasi pun boleh muflis dan gulung tikar dengan tamparan pandemik covid apatah lagi madrasah yang kecil. 

Alhamdulillah, madrasah bertahan sehingga akhir pandemik, tetapi menanggung overhead yang tinggi yang akhirnya menjadi tunggakan institusi. 

Dua tahun kebelakangan ini, ibu/bapa/penjaga kepada pelajar-pelajar kami banyak yang terjejas dan meninggalkan tunggakan yuran yang agak besar untuk madrasah tanggung sendirian (jumlah tidak temasuk diskaun yuran dan juga program pengurangan yuran bagi asnaf). 

 Klik link Sumbangan Operasi dan pembangunan:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=368   untuk membantu madrasah.

Banyak yang terkandas, dan banyak pula yang menanggung beban hutang. Adakah Tuan Puan mahu menjadi salah seorang penyumbang sama ada bagi pelajar dengan melunaskan tunggakan yuran mereka (akan kami potong beban yuran mereka sebagai langsai tunai hutang) atau menaja yuran pelajar asnaf atau melangsaikan tunggakan lama pelajar bukan asnaf yang terkesan pandemik.

 Klik Sumbangan Tajaan Pelajar:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=366 untuk membantu pelajar.

Moga Allah balas dengan kebaikan pula.


Jumaat, 4 Oktober 2019

REQUIREMENTS FOR FOREIGNER

REQUIREMENTS FOR FOREIGN STUDENT

Registration Fee
RM 500.00 (For new application only)

Monthly Fee
RM300.00 equivalent to 12XRM300.00=RM3600.00 annually. (The fees for hifz course and alimah are of the same amount, it covers study cost including boarding and food BUT not the kitabs /textbooks)

Foreign students are required to pay 3 months advance study fee (RM900.00)

Visa
RM 1,000.00 for first time visa application. The immigration usually gives 6 months visa for first visa application and 12 months visa upon renewal, approximately RM 150.00 each renewal including madrasah's paperwork fee).
The immigration approval depending on the interview result of Selangor Islamic Department (JAIS) and Malaysia Islamic Department (JAKIM).

JAIS Requirements:
Visa application should be submitted one month before the previous visa/ Entry Pass expire.
Original passport
2 copies of passport size photos
Madrasah's approval letter.

Immigration documentation and requirements will be processed by madrasah.

Kitabs/ Textbooks
Different costs for each class.
Books for 1st year Alimah students cost about RM200.00, the cost will be different depending on the current market price.

Important note: The students for Alimah course should be able to read and know basic math and healthy physically and mentally.

Ahad, 28 April 2019

TAKWIM TAHUNAN

Mesyuarat Pihak Pengurusan telah menetapkan waktu melawat mulai tahun 2019 hanya pada hari Ahad,  minggu kedua madrasah,  taqwim tahunan adalah seperti berikut:

TAQWIM CUTI TAHUNAN PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT 2019

2 FEBRUARI - 6 FEBRUARI

28 MAC - 31 MAC

25 APRIL - 28 APRIL

30 MEI / 25 RAMADHAN - 9 JUN / 5 SYAWWAL 1440H

(TIADA CUTI BAGI AKHIR  BULAN JUN )

18 JULAI - 21 JULAI

10 OGOS / 8 ZULHIJJAH - 18 OGOS / 16 ZULHIJJAH 1440H

26 SEPTEMBER - 29 SEPTEMBER

24 OKTOBER - 28 OKTOBER

(TIADA CUTI BAGI AKHIR BULAN NOVEMBER)

* 8 DISEMBER - 1 JANUARI (KELAS ALIMAH)
*15 DISEMBER - 1 JANUARI (KELAS HAFIZAH)

WAKTU MELAWAT:
*Waktu melawat hanya pada hari AHAD minggu ke-2 dari cuti  bulanan, bermula jam 9:00 pagi sehingga jam  5:30 petang sahaja.
  (TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA ANAK KELUAR DARI PREMIS MADRASAH PADA MASA MELAWAT)

CUTI UMUM BULANAN:
1. Cuti bulanan “LONG WEEKEND” bermula pada hari pertama  cuti  selepas solat Asar.

2. Cuti bulanan tamat pada hari terakhir cuti sebelum jam 5:30 pm.

3. Hanya ibubapa /adik beradik sahaja dibenarkan mengambil pelajar pulang.

4. Jika  ibubapa  membenarkan  sesiapa  datang  sebagai  wakil  untuk  membawa  anak  pulang,  diminta maklumkan kepada Pihak Pentadbiran PTAZ terlebih dahulu.

5. Setiap pelajar diwajibkan pulang ke rumah pada setiap cuti bulanan.

6. Pelajar  luar  Negara/  jauh  dibenarkan  tinggal  di  premis  madrasah  semasa  cuti  pendek/panjang dengan syarat mengikuti setiap program madrasah.

NOTA:
1. Pelepasan cuti selain dari cuti yang dijadualkan, perlulah diminta secara bersurat sekurang kurang seminggu sebelum tarikh yang ingin diminta.

2. Pelepasan cuti hanyalah dibenarkan oleh Pengasas Tuan Haji Age /  Mudirah Ustazah Hazwani sahaja.

3. Diminta setiap ibubapa yang merancang percutian tahunan atau ingin mengerjakan Umrah bersama anaknya,perlulah merancang selaras dengan jadual cuti PTAZ yang telah ditetapkan.

4. Selain dari cuti – cuti di atas, pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti tambahan kecuali:
- Cuti Sakit MC
-Berlaku kematian ahli keluarga terdekat  -Majlis Perkahwinan ahli keluarga terdekat.

5. Pelajar yang balik / datang lambat tanpa sebarang notis MELEBIHI 3 HARI akan dikenakan  tindakan  disiplin oleh Pihak Pentadbiran PTAZ.

*Cuti akhir tahun bagi kelas shariah  bermula 8 Disember sehingga 1 januari 2020
*Cuti akhir tahun bagi kelas tahfiz  bermula 15 Disember sehingga 1 Januari 2020.


Jumaat, 26 April 2019

Senarai nama guru kelas alimah di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

GURU KELAS ALIMAH DI PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRA LILBANAT 2019

1-Maulana Abdul Latif Subki ( lepasan Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg South Africa- kini berkhidmat sebagai Shaikhul hadith di Darul Ulum Az Zahra dan juga mengajar pelajar alimah 3 di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat secara part time, beliau juga adalah salah seorang Penasihat Shariah Bank Standard Chartered sejak 2011 hingga kini ).

2-Ustazah Hazwani Che Age (lepasan Madrasah Mueinul Islam, Zakariyya Park Johannesburg, South Africa) mengajar secara part time.

3-Ustazah Hafizzah Muhammad (lepasan Madrasah Mueinul Islam, Zakariyya Park Johannesburg, South Africa).

5-Ustazah Muneerah Alsagoff (lepasan Madrasah Mueinul Islam, Zakariyya Park Johannesburg, South Africa) mengajar secara part time.

6-Ustazah Aisyah Humaira' Azhar (lepasan Maahad Ad Dirasatil Islamiah Seri Petaling, Malaysia).

7- Ustazah Habibah Paden (lepasan Maahad Ad Dirasatil Islamiah Seri Petaling,Malaysia).

8-Ustazah Sunayah Yusof (lepasan Darul Fadheelah Islamic Institute, Cape Town South Africa).

Pendaftaran Alimah 2026 Ke Pondok Zahratul Uloom

KELAYAKAN PERMOHONAN MENGIKUT KELAS 2026 KELAS ALIMAH 1(Kitab asas turath) Kelayakan :Terbuka kepada semua pelajar sihat yang berminat (12 ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)