Bagi pelajar asing yang ingin memohon belajar di PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT, perlulah membayar Yuran kemasukan madrasah RM500.00+ RM900.00 tiga bulan yuran bulanan madrasah terlebih dahulu.
Bagi permohonan visa kali pertama, hendaklah membuat bayaran RM1000.00 untuk visa (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah), dan bayaran untuk setiap kali lanjutan adalah RM150.00 (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah). Pemberian tempoh visa bergantung pada keputusan temuduga Pihak JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) DAN tempoh surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam, JAKIM.
1-Submit permohonan & dokumen yang dikehendaki secara online ke e-ikhtisas, JAKIM untuk pelajar 18 tahun ke atas sahaja, jika bawah 18 tahun ke bawah, dapatkan borang di pejabat JAIS sahaja. (tidak perlu upload dokumen di e-ikhtisas).
2-Temuduga di pejabat JAIS, SHAH ALAM (pastikan hari yang betul dengan calon temuduga)- JAIS MENETAPKAN MESTI DI HANTAR OLEH WAKIL MADRASAH.
Selasa untuk GURU,
Rabu untuk PELAJAR 18 TAHUN KE ATAS,
Isnin dan Selasa untuk PELAJAR 18 TAHUN KE BAWAH
Sesi pendaftaran temuduga di JAIS adalah 8:00-9:00 pagi. Sesi temuduga biasanya mengambil masa sehingga 12 tengahari.
3-Selepas mendapat kelulusan JAIS, perlu tunggu kelulusan daripada JAKIM dan ambil surat kelulusan di pejabat JAKIM PUTRAJAYA atau minta salinan daripada Pihak JAIS (surat sokongan JAKIM diperoleh dalam masa 7 hari bekerja setelah permohonan dihantar)
4-Binding semua dokumen (seperti senarai di dalam gambar) termasuk setiap mukasurat pasport.
5-Cop duti setem/personal bond di Jalan Duta, Kuala Lumpur-sendiri atau wakil.
6-Urusan hantar dokumen imigresen ke Putrajaya (jika pertama kali) @ imigresen Shah Alam (jika lanjutan)- perlu dapatkan nombor giliran sebelum pukul 7 pagi, sebaiknya anda bertolak dari rumah sebelum Subuh.
7-Hari pengambilan visa biasanya ditentukan oleh Pihak Imigresen dalam tempoh 2-3 minggu. Sila pergi di awal pagi. Tempoh menunggu visa diproses biasanya memakan sehari, pagi sehingga petang. Rancanglah perjalanan anda sebaiknya.
*Penting:
*Buatlah permohonan visa sekurangnya sebulan sebelum tamat visa / permit masuk Malaysia.
* Jika wakil yang uruskan visa, perlu ada surat wakil daripada madrasah.
*Jika anda ingin menyambung visa dari penganjur yang lain, pastikan anda telah mohon surat tukar penganjur daripada madrasah yang terdahulu.
*Jika anda salahgunakan visa, madrasah boleh adukan kepada pihak berkuasa dan visa anda akan dibatalkan.
LINK PENTING UNTUK RUJUKAN:
MAKLUMAT DAFTAR 2021: https://www.ptaz.edu.my/2756-2/
DAFTAR ONLINE DI: https://www.ptaz.edu.my/daftar-online/
MAKLUMAT YURAN: https://www.ptaz.edu.my/maklumat-yuran/
SENARAI KELENGKAPAN: https://www.ptaz.edu.my/senarai-kelengkapan/
PELAJAR KHATAM 2016-2020: https://www.ptaz.edu.my/senarai-nama-pelajar-khatam-al.../
STAFF DAN TENAGA PENGAJAR : https://www.ptaz.edu.my/tenaga-pengajar-pusat-tahfiz-az.../
Tiada ulasan:
Catat Ulasan