Memaparkan catatan dengan label madrasah Shah Alam Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label madrasah Shah Alam Selangor. Papar semua catatan

Isnin, 31 Januari 2022

Sumbangan dan tajaan.

Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat adalah madrasah yang menjalankan operasi dengan yuran. Kami mengambil yuran bagi pelajar yang mampu dan memberi pengurangan yuran bagi pelajar asnaf.

Sebanyak manapun kami ingin membantu, ternyata sumber kami juga terhad.Syarikat gergasi pun boleh muflis dan gulung tikar dengan tamparan pandemik covid apatah lagi madrasah yang kecil. 

Alhamdulillah, madrasah bertahan sehingga akhir pandemik, tetapi menanggung overhead yang tinggi yang akhirnya menjadi tunggakan institusi. 

Dua tahun kebelakangan ini, ibu/bapa/penjaga kepada pelajar-pelajar kami banyak yang terjejas dan meninggalkan tunggakan yuran yang agak besar untuk madrasah tanggung sendirian (jumlah tidak temasuk diskaun yuran dan juga program pengurangan yuran bagi asnaf). 

 Klik link Sumbangan Operasi dan pembangunan:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=368   untuk membantu madrasah.

Banyak yang terkandas, dan banyak pula yang menanggung beban hutang. Adakah Tuan Puan mahu menjadi salah seorang penyumbang sama ada bagi pelajar dengan melunaskan tunggakan yuran mereka (akan kami potong beban yuran mereka sebagai langsai tunai hutang) atau menaja yuran pelajar asnaf atau melangsaikan tunggakan lama pelajar bukan asnaf yang terkesan pandemik.

 Klik Sumbangan Tajaan Pelajar:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=366 untuk membantu pelajar.

Moga Allah balas dengan kebaikan pula.


Rabu, 7 April 2021

Tahfiz Ulang Alik, Pinggiran Subang, Seksyen U5

Impian kami nak lahirkan sebanyak mungkin hafizah di Pinggiran Subang, Subang Bestari, Subang Dua dan kawasan sekitar yang berdekatan.
Sekolah pagi, pergi madrasah sesi petang.
Sekolah petang, pergi madrasah sesi pagi.
Jadi persekolahan (arus perdana) anak-anak tetap berjalan seperti biasa di samping dapat menghafal dan meletakkan anak-anak di tempat yang selamat semasa ibubapa keluar bekerja.
Kapasiti bangunan pelajar ulang alik adalah 90 orang ( 2 floors= tingkat 1, dan tingkat 2).
Bagi anak-anak asnaf pula, jika sangat berminat boleh hubungi U.Hazwani untuk perbincangan lanjut perihal yuran (kemukakan bukti).



Madrasah Perempuan: Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Pengajian Alimah (kitab) BERASRAMA dibuka untuk: pelajar yang telah khatam hafazan 30 juz, lepasan PMR,SPM, atau mana-mana pelajar yang sudah tahu membaca Al-Quran. Penting bahawa pelajar ini mempunyai kematangan dan pemahaman yang baik - umur yang disyorkan adalah 15 tahun dan ke atas.

Pengajian Tahfiz ulang alik Harian pula dibuka untuk pelajar yang belum ada asas pengajian Al-Quran, (tahap-Iqra, Nazirah (mengaji), dan hafazan bermula dari surah surah di dalam juz amma), umur yang disyorkan adalah 7 tahun dan ke atas.

Pengajian Hafizah BERASRAMA pula disyorkan untuk pelajar 12 tahun dan ke atas, dan sudah mempunyai asas Al-Quran dan boleh berdikari.

Syarat untuk semua kategori diatas, pelajar itu mestilah bersih dari sebarang kes sosial, dan sihat tubuh badan dan mental.

Majlis Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran Dan Sijil Penghargaan Pengawas Madrasah 2020


19 mac 2021: Hari ni selesai majlis Penyampaian Sijil Khatam dan Sijil Penghargaan Pengawas Madrasah 2020 bertempat di tingkat 3, bangunan tahfiz ulang alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat. 
Majlis ini ringkas sahaja, tidak melibatkan semua pelajar, hanya pelajar yang terlibat menerima sijil sahaja dipanggil. Lama sungguh tangguh msjlis ni. 
Jutaan terima kasih pada pihak pengurusan madrasah,  ustazah-ustazah dan pada semua yang menjayakannya. Setinggi-tinggi tahniah pada pelajar yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran drp Nov 2019 hingga akhir tahun lepas. 
1. NUR AIN BATRISYIA BT ABDUL AZIZ AL-HAFIZAH (KHATAM 08 NOVEMBER 2019)
2. IRDINA BT HAIRUL NIZAT  AL-HAFIZAH(23 NOVEMBER 2019)
3. SUHIRUIN BT ABDULLAH AL-HAFIZAH  (23 JANUARI 2020)
4. AMNA SAFFA BT MOHD YUSRI  AL-HAFIZAH(31 JANUARI 2020)
5. AINUL NAJWA BT MAZLAN AL-HAFIZAH (22 FEBUARI 2020)
6. NUR ATHIRAH BT ROSLI AL-HAFIZAH (KHATAM, 27 JULAI 2020)
7. SITI MASHITAH SHABIRIN AL-HAFIZAH (KHATAM 17 DISEMBER 2020)







 

Hafizah dan Alimah Selangor.

Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)