Isnin, 1 November 2021

DIBUKA SEKARANG: PENDAFTARAN KEMASUKAN KE PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT 2022

 PENDAFTARAN KEMASUKAN KE PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT 2022 DIBUKA

PENDAFTARAN ONLINE https://www.ptaz.edu.my/
TEMUDUGA BAGI PEMOHON YANG SUDAH BERDAFTAR 

Pendaftaran dibuka untuk: PENGAJIAN ULANG ALIK DAN PENGAJIAN ASRAMA

 

PENGAJIAN ASRAMA:

1. Jurusan Hafizah =Kelas hafazan Al-Quran 2022, kelas, Iqra, Nazirah, Hafazan, Shahadah (untuk Sijil Syahadah syaratnya khatam hafazan 30 juz). (umur 12 tahun-20tahun)

2. Jurusan 'Alimah =kelas pengajian kitab 2022, kelas 1 dan 2 peringkat kelas pengajian bahasa, kelas 3 biasanya dibuat latih tubi belajar kitab tanpa baris, kelas 4 (kelas Misykat), kelas 5, kelas Bukhari,Dauratul Hadith, belajar kitab sunan sittah.  :  umur 15-20 tahun

 

PENGAJIAN ULANG ALIK:

Kelas iqra, kelas Nazirah dan Hafazan Al-Quran:

Umur 7 tahun ke 17 tahun untuk:

1- Sesi pagi sahaja atau

2-sesi petang sahaja atau

3-kedua-dua sesi.

PENDAFTARAN PENGAJIAN BERKITAB (‘ALIMAH) BAGI SESI 2022 DIBUKA
(panggilan temuduga akan dimaklumkan melalui whatsapp)

đź—“Kemasukan pelajar baru adalah pada  Januari 2022

⚡️ Kemasukan pelajar baru adalah terhad .

đź“‘ Dokumen yang diperlukan ketika Temuduga/melapor diri :

1) Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak.
2) Salinan surat berhenti/sokongan madrasah @ sekolah terdahulu.
3) Salinan keputusan peperiksaan sebelum ini/rekod pencapaian terkini.

Ibu/bapa atau penjaga dikehendaki hadir bersama pada sesi pendaftaran kemasukan pelajar nanti.

 

Tarikh - Tarikh Penting:

1)Pendaftaran dan proses temuduga:

Pendaftaran ( secara online sahaja),

( Surat Tawaran akan dihantar melalui email atau whatsapp )

2) Pembayaran Yuran Pendaftaran serta Yuran Bulan Pertama dan kitab sebelum kemasukan ke madrasah.

3)Tarikh masuk:Bergantung keadaan semasa arahan dari MKN/JAIS

Januari 2022 - Kemasukan pelajar Senior

Januari-Febuari Kemasukan pelajar baru

-Permohonan baru dianggap sah setelah :
☑️bayar Yuran kemasukan
☑️yuran bulan pertama 2022
☑️bayar kitab (untuk jurusan 'Alimah sahaja)
☑️pelajar menerima surat penerimaan dari Pihak Pentadbiran PTAZ LILBANAT

KELAYAKAN PENGAJIAN ALIMAH
*KELAS ALIMAH TAHUN 1-Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira.
KELAS ALIMAH TAHUN 2- Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira, tahu asas bahasa Arab /Nahu/Sorof dan Feqah.
KELAS ALIMAH 3- Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira, tahu asas bahasa Arab /Nahu/Sorof dan Feqah serta hadith dan sudah boleh membaca ibarat kitab tanpa baris.

KELAS ALIMAH 4 dan 5- Syaratnya telah mahir membaca ibarat bahasa Arab.



KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH

  Program cuti sekolah untuk anak-anak perempuan yang berumur 7- 17 tahun.  Anak-anak buang masa di rumah musim cuti? Nak hantar tahfiz tapi...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)