PENDAFTARAN KEMASUKAN KE PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT 2022 DIBUKA
PENDAFTARAN ONLINE https://www.ptaz.edu.my/
TEMUDUGA BAGI PEMOHON YANG SUDAH BERDAFTAR
Pendaftaran dibuka untuk: PENGAJIAN ULANG ALIK DAN PENGAJIAN ASRAMA
PENGAJIAN ASRAMA:
1. Jurusan Hafizah =Kelas hafazan Al-Quran 2022, kelas, Iqra, Nazirah, Hafazan, Shahadah (untuk Sijil Syahadah syaratnya khatam hafazan 30 juz). (umur 12 tahun-20tahun)
2. Jurusan 'Alimah =kelas pengajian kitab 2022, kelas 1 dan 2 peringkat kelas pengajian bahasa, kelas 3 biasanya dibuat latih tubi belajar kitab tanpa baris, kelas 4 (kelas Misykat), kelas 5, kelas Bukhari,Dauratul Hadith, belajar kitab sunan sittah. : umur 15-20 tahun
PENGAJIAN ULANG ALIK:
Kelas iqra, kelas Nazirah dan Hafazan Al-Quran:
Umur 7 tahun ke 17 tahun untuk:
1- Sesi pagi sahaja atau
2-sesi petang sahaja atau
3-kedua-dua sesi.
PENDAFTARAN PENGAJIAN BERKITAB (‘ALIMAH) BAGI SESI 2022 DIBUKA
(panggilan temuduga akan dimaklumkan melalui whatsapp)
đź—“Kemasukan pelajar baru adalah pada Januari 2022
⚡️ Kemasukan pelajar baru adalah terhad .
đź“‘ Dokumen yang diperlukan ketika Temuduga/melapor diri :
1) Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak.
2) Salinan surat berhenti/sokongan madrasah @ sekolah terdahulu.
3) Salinan keputusan peperiksaan sebelum ini/rekod pencapaian terkini.
Ibu/bapa atau penjaga dikehendaki hadir bersama pada sesi pendaftaran kemasukan pelajar nanti.
Tarikh - Tarikh Penting:
1)Pendaftaran dan proses temuduga:
Pendaftaran ( secara online sahaja),
( Surat Tawaran akan dihantar melalui email atau whatsapp )
2) Pembayaran Yuran Pendaftaran serta Yuran Bulan Pertama dan kitab sebelum kemasukan ke madrasah.
3)Tarikh masuk:Bergantung keadaan semasa arahan dari MKN/JAIS
Januari 2022 - Kemasukan pelajar Senior
Januari-Febuari Kemasukan pelajar baru
-Permohonan baru dianggap sah setelah :
☑️bayar Yuran kemasukan
☑️yuran bulan pertama 2022
☑️bayar kitab (untuk jurusan 'Alimah sahaja)
☑️pelajar menerima surat penerimaan dari Pihak Pentadbiran PTAZ LILBANAT
KELAYAKAN PENGAJIAN ALIMAH
*KELAS ALIMAH TAHUN 1-Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira.
KELAS ALIMAH TAHUN 2- Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira, tahu asas bahasa Arab /Nahu/Sorof dan Feqah.
KELAS ALIMAH 3- Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira, tahu asas bahasa Arab /Nahu/Sorof dan Feqah serta hadith dan sudah boleh membaca ibarat kitab tanpa baris.
KELAS ALIMAH 4 dan 5- Syaratnya telah mahir membaca ibarat bahasa Arab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan