BLOG MADRASAH TAHFIZ DAN ALIMAH SELANGOR NO KOD SEKOLAH JAKIM: BZH8031
Isnin, 13 Oktober 2025
Pendaftaran Alimah 2026 Ke Pondok Zahratul Uloom
Isnin, 31 Januari 2022
Sumbangan dan tajaan.
Sebanyak manapun kami ingin membantu, ternyata sumber kami juga terhad.Syarikat gergasi pun boleh muflis dan gulung tikar dengan tamparan pandemik covid apatah lagi madrasah yang kecil.
Alhamdulillah, madrasah bertahan sehingga akhir pandemik, tetapi menanggung overhead yang tinggi yang akhirnya menjadi tunggakan institusi.
Dua tahun kebelakangan ini, ibu/bapa/penjaga kepada pelajar-pelajar kami banyak yang terjejas dan meninggalkan tunggakan yuran yang agak besar untuk madrasah tanggung sendirian (jumlah tidak temasuk diskaun yuran dan juga program pengurangan yuran bagi asnaf).
Klik link Sumbangan Operasi dan pembangunan: https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=368 untuk membantu madrasah.
Banyak yang terkandas, dan banyak pula yang menanggung beban hutang. Adakah Tuan Puan mahu menjadi salah seorang penyumbang sama ada bagi pelajar dengan melunaskan tunggakan yuran mereka (akan kami potong beban yuran mereka sebagai langsai tunai hutang) atau menaja yuran pelajar asnaf atau melangsaikan tunggakan lama pelajar bukan asnaf yang terkesan pandemik.
Klik Sumbangan Tajaan Pelajar: https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=366 untuk membantu pelajar.
Moga Allah balas dengan kebaikan pula.
Rabu, 7 April 2021
Majlis Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran Dan Sijil Penghargaan Pengawas Madrasah 2020
Rabu, 31 Oktober 2018
PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT, PINGGIRAN SUBANG, SEKSYEN U5, SHAH ALAM, SELANGOR.
Rabu, 9 Mac 2016
PENAFIAN
Ahad, 20 Januari 2013
SYARAT KEMASUKAN & PERATURAN INSTITUSI;
Harap maklum.
1.Pelajar tidak membawa barang berharga, pihak madrasah* tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kehilangan/kerosakan barangan tersebut.
2.Pelajar dilarang keras membawa telefon bimbit, iPad, bahan bacaan yang tidak islamik dan yang seumpamanya.
3.Pelajar tidak dibenarkan membuat panggilan telefon kecuali kepada ibubapa/penjaga dibawah pengawasan Pihak Madrasah. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit selama berada di madrasah sama ada handphone sendiri atau pinjam daripada ibu bapa pelajar lain.
4. Berperangai buruk seperti membuli dan bergaduh amat ditegah sama-sekali, perbuatan ini boleh mengakibatkan pelajar digantung/ dibuang.
5.Pihak Madrasah berhak untuk membuang mana-mana pelajar yang didapati melanggar hukum shariah atau peraturan dan tatatertib madrasah tanpa sebarang notis bertulis.
6. Pihak madrasah tidak bertanggungjawab di atas sebarang perkara yang berlaku setelah pelajar terbabit lari/ keluar dari bangunan madrasah samaada ke rumah/kedai dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Pengetua/Madrasah.
7.Pelajar hanya dibenarkan keluar dari madrasah dengan ibu bapa/penjaga yang berdaftar dengan madrasah sahaja, dan mestilah mendapatkan keizinan Pengetua/madrasah terlebih dahulu.
8.Pelajar yang keluar pada hari cuti bulanan mesti hadir ke madrasah sebelum waktu Asar.
9.Pelajar mestilah menjaga kebersihan & peralatan madrasah (meja, almari, dapur dan seumpamanya) yang disediakan. Sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh pelajar adalah atas tanggungan pelajar/ ibu bapa/penjaga.
Pendaftaran Alimah 2026 Ke Pondok Zahratul Uloom
KELAYAKAN PERMOHONAN MENGIKUT KELAS 2026 KELAS ALIMAH 1(Kitab asas turath) Kelayakan :Terbuka kepada semua pelajar sihat yang berminat (12 ...
BACA POST LAIN PULAK?
HUBUNGI PTAZ LILBANAT
PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)
No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150
Shah Alam,Selangor, Malaysia
NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:
MUDIRAH / PENGETUA:
USTAZAH HAZWANI (0176393257)
PIHAK PENGURUSAN:
Pejabat PTAZL (01129847699)
USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)




