Ahad, 20 Januari 2013

SYARAT KEMASUKAN & PERATURAN INSTITUSI;

Syarat Kemasukan
1. Bersih daripada sebarang masalah sosial, jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2. Sihat mental dan tubuh badan.
3. Datang mendaftar dan keluar masuk madrasah bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat sahaja.
4. Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Pengetua madrasah atau pun pihak pengurusan madrasah.
5. Setiap ibu bapa / penjaga dinasihatkan membayar yuran pendaftaran kemasukan beserta yuran bulanan  terlebih dahulu semasa mendaftarkan anak.YURAN KEMASUKAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN KEMBALI. 
Yuran bulanan mestilah dibayar sebelum 1 haribulan atau selewatnya 5 haribulan setiap bulan.
6. Bagi setiap pelajar disyaratkan berumur 12 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur bawah 12 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan madrasah yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat untuk perbincangan lanjut ).
7. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari premis madrasah pada hari Sabtu/ Ahad kecuali dengan kebenaran Pihak Madrasah atas sebab tertentu. (sakit dan lain-lain)
8. Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa.
9. Pelajar tersebut berminat untuk belajar dan matang serta boleh berdikari serta bebas dari penyakit kutu kepala(untuk kebaikan bersama).
Harap maklum.

PELAJAR YANG INGIN MENDAFTARKAN DIRI KE DALAM PUSAT TAHFIZ AZ-ZAHRAH MESTILAH MENANDATANGANI PERAKUAN UNTUK MENGIKUT PERATURAN INSTITUSI;

1.Pelajar tidak membawa barang berharga, pihak madrasah* tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kehilangan/kerosakan barangan tersebut.
2.Pelajar dilarang keras membawa telefon bimbit, iPad, bahan bacaan yang tidak islamik dan yang seumpamanya.
3.Pelajar tidak dibenarkan membuat panggilan telefon kecuali kepada ibubapa/penjaga dibawah pengawasan Pihak Madrasah. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit selama berada di madrasah sama ada handphone sendiri atau pinjam daripada ibu bapa pelajar lain. 
4. Berperangai buruk seperti membuli dan bergaduh amat ditegah sama-sekali,  perbuatan ini boleh mengakibatkan pelajar digantung/ dibuang.
5.Pihak Madrasah berhak untuk membuang mana-mana pelajar yang didapati melanggar hukum shariah atau peraturan dan tatatertib madrasah tanpa sebarang notis bertulis. 
6. Pihak madrasah tidak bertanggungjawab di atas sebarang perkara yang berlaku setelah pelajar terbabit lari/ keluar dari bangunan madrasah samaada ke rumah/kedai dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Pengetua/Madrasah.
7.Pelajar hanya dibenarkan keluar dari madrasah dengan ibu bapa/penjaga yang berdaftar dengan madrasah sahaja, dan mestilah mendapatkan keizinan Pengetua/madrasah terlebih dahulu.
8.Pelajar yang keluar pada hari cuti bulanan mesti hadir ke madrasah sebelum waktu Asar.
9.Pelajar mestilah menjaga kebersihan & peralatan madrasah (meja, almari, dapur dan seumpamanya) yang disediakan. Sebarang kero
sakan yang diakibatkan oleh pelajar adalah atas tanggungan pelajar/ ibu bapa/penjaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hafizah dan Alimah Selangor.

Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)