Khamis, 18 Oktober 2012

Mengintai Dari Fitting Room...

Assalamualaikum kepada semua...
Hari ni saya nak ingatkan kat muslimah terutamanya....masuk dalam fitting room tu hati-hati sikit sebab kebanyakan kedai ada pasang  kamera tersembunyi kat dalam tu, nak tau ada tak kamera cuba kita buat phonecall kat dalam tu kalo tak leh tu maknanya kamera ada kat situ sebabnya line handphone kita terganggu oleh kamera tersembunyi tadi (ini riwayat dari kawan fb saya la, tak tau tahap kesahihannya pulak), tapi yang pastinya saya perhati kat kedai-kedai di malaysia ni, pintu biliknya separuh terbuka di bahagian atasnya, dan saya pasti kamera dari luar bilik boleh rakam imej kita yang dipantulkan melalui cermin besar yang ada dalam bilik sebabnya kita di dalam bilik boleh nampak kamera dalam cermin, jadi hati-hati bila buka baju.. kita sebenarnya diperhatikan! (tapi saya memuji sesetengah kedai kain muslim yang menutup ruang atas pintu tadi dengan kain, ada jugak yang saya tengok sejadah tergantung kat atas tu, semoga Allah murahkan rezeki diorang, aameen!)
 Bercakap pasal cermin pulak, kalau nak tahu cermin tu tak 'tembus', tak der orang yang perhati kita kat blakang cermin tu maka cuba buat ujian kat cermin tu...senang jer, cuba kita letak jari kita kat cermin  tu..kalo antara imej jari kita dan permukaan cermin tu ada sikiiiiit ruang, maka kita takyah risau sebab tu cermin betul, tapi  kalo kita tengok imej jari kita bersentuh dengan permukaan cermin tu maka kita takyah la nak bukak lebih-lebih....sebab cermin tu boleh diragukan.....tau tak knaper?cermin muka yang biasa  kita guna tu lapisan warna silver  terletak di bawah kaca cermin sebab tu ada ruang di antara imej jari dan permukaan cermin, manakala cermin yang 'tembuspandang' pulak lapisan silver tu diletakkan di permukaan cermin sebab tu la imej jari kita bersentuh dengan permukaan cermin dan kita tak nampak ruang sebab memang takder ruang pun di antara jari kita dan cermin...haaaaaaaaaaa!! lepas ni masuk dalam fitting room, cuba intai sikit, selamat ke tak. hehehe.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAFA +TAHFIZ 2023

KAFA+ TAHFIZ PINGGIRAN SUBANG: Pengajian KAFA fokus pada silibus (UPKK) Sekolah Rendah Islami untuk pelajar lelaki dan perempuan *murid s...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)