Ahad, 30 September 2012

Wanita Adalah Tengkuk..??


 " wanita dinikahi kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya maka kahwinilah wanita kerana agamanya"

Mencari sifat yang betul di dalam diri pasangan adalah langkah yang penting ke arah mencapai perkahwinan yang berjaya. Berikutan itu, Rasulullah telah menerangkan kepada kita tentang sifat yang paling penting dicari di dalam diri pasangan adalah baik agamanya.
Setiap manusia mengiginkan syurga dan di dalam syurga, setiap wanita akan menjadi sungguh cantik jelita yang mana apabila suaminya memandanagnya buat kali pertama, suaminya akan merenungya selama empat puluh tahun kerana terpukau oleh kejelitaannya, tetapi ingat!!!!!!!!!sebelum itu hendaklah dia memilih isteri yang memudahkan perjalanannya menuju syurga yang kekal abadi.

Kebiasaannya orang akan melihat kepada tiga perkara di dalam diri wanita, kecantikannya, kekayaannya dan keturunannya/ status keluarganya, tetapi perkara ini semua akan berakhir di sini sahaja,berkubur bersama berakhirnya kehidupan dunianya. Jika kita menginginkan kehidupan yang kekal maka kita haruslah menyiapkan jalan yang kekal(syurga). Lelaki disifatkan sebagai kepala di dalam rumahtangga maka semestinyalah wanita adalah 'tengkuk' kepada kepala tadi. Kita sedia maklum bahawa tengkuk akan memalingkan kepala ke arah mana sahaja yang ia mahu, dan anda mahukan isteri yang membawa anda kepada jalan ke syurga.

(idea asal; usman mabco petroleum)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hafizah dan Alimah Selangor.

Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)