Khamis, 18 Oktober 2012

Mengintai Dari Fitting Room...

Assalamualaikum kepada semua...
Hari ni saya nak ingatkan kat muslimah terutamanya....masuk dalam fitting room tu hati-hati sikit sebab kebanyakan kedai ada pasang  kamera tersembunyi kat dalam tu, nak tau ada tak kamera cuba kita buat phonecall kat dalam tu kalo tak leh tu maknanya kamera ada kat situ sebabnya line handphone kita terganggu oleh kamera tersembunyi tadi (ini riwayat dari kawan fb saya la, tak tau tahap kesahihannya pulak), tapi yang pastinya saya perhati kat kedai-kedai di malaysia ni, pintu biliknya separuh terbuka di bahagian atasnya, dan saya pasti kamera dari luar bilik boleh rakam imej kita yang dipantulkan melalui cermin besar yang ada dalam bilik sebabnya kita di dalam bilik boleh nampak kamera dalam cermin, jadi hati-hati bila buka baju.. kita sebenarnya diperhatikan! (tapi saya memuji sesetengah kedai kain muslim yang menutup ruang atas pintu tadi dengan kain, ada jugak yang saya tengok sejadah tergantung kat atas tu, semoga Allah murahkan rezeki diorang, aameen!)
 Bercakap pasal cermin pulak, kalau nak tahu cermin tu tak 'tembus', tak der orang yang perhati kita kat blakang cermin tu maka cuba buat ujian kat cermin tu...senang jer, cuba kita letak jari kita kat cermin  tu..kalo antara imej jari kita dan permukaan cermin tu ada sikiiiiit ruang, maka kita takyah risau sebab tu cermin betul, tapi  kalo kita tengok imej jari kita bersentuh dengan permukaan cermin tu maka kita takyah la nak bukak lebih-lebih....sebab cermin tu boleh diragukan.....tau tak knaper?cermin muka yang biasa  kita guna tu lapisan warna silver  terletak di bawah kaca cermin sebab tu ada ruang di antara imej jari dan permukaan cermin, manakala cermin yang 'tembuspandang' pulak lapisan silver tu diletakkan di permukaan cermin sebab tu la imej jari kita bersentuh dengan permukaan cermin dan kita tak nampak ruang sebab memang takder ruang pun di antara jari kita dan cermin...haaaaaaaaaaa!! lepas ni masuk dalam fitting room, cuba intai sikit, selamat ke tak. hehehe.  

Jumaat, 5 Oktober 2012

TIKET SEHALA KE BAWAH TANAH

(Tulisan asal pada tahun 1989 dalam bahasa Perancis oleh: Mohamed Chetty)

Apabila kita meninggalkan dunia ini ke 'dunia' yang lain, ia boleh diumpamakan seperti satu perjalanan ke suatu negeri, perjalanan yang mana....
Yang mana tidak dijumpai detail tentangnya di mana-mana risalah kecuali di dalam Quran dan hadis.
Yang mana pesawatnya bukanlah Malaysian Airlines, atau South African Airways tetapi adalah 'Penerbagan Jenazah'.
Yang mana bagasi kita tidaklah hanya terhad kepada 25kg tetapi adalah amalan kita, tidak kira sebanyak   mana pun beratnya. Kita tidak perlu bayar untuk bagasi yang lebih, malah dibawa dengan percuma, pujian bagi Pencipta kita!
Yang mana pakaian kita bukanlah sut Pierre Cardin atau yang seumpamanya tetapi adalah kain cotton putih.
Yang mana wangian kita bukanlah Chanel, Paco Rabane atau Hugo Boss tetapi adalah kapur barus dan minyak atar.
Yang mana pasport kita bukanlah Passport Malaysia atau Passport British tetapi adalah Passport Al Islam.
Yang mana visanya adalah LAA ILAAHA ILLALLAH.
Yang mana anak-anak kapalnya bukanlah pemuda-pemudi yang elok parasnya tetapi adalah malaikat maut.
Yang mana servis di dalamnya bukanlah first class atau ekonomi, tetapi adalah taman syurga atau lembah neraka.
Yang mana destinasinya bukanlah Heathrow Termonal atau Jeddah International Terminal, tetapi adalah perkuburan.
Yang mana pegawai imigresennya adalah Munkar dan Nakir.
Mereka hanya memeriksa ke tempat mana kita akan pergi.Yang mana di sana tiada pegawai kastam.
Yang mana lapangan transit kita adalah di alam Barzakh.
Yang mana destinasi terakhir kita adalah ke pintu syurga yang mengalir sungai di dalamnya  atau ke pintu neraka yang membakar.
Perjalanan ini tidak perlu dibayar tambangnya dan tiada perbelanjaan lainnya . Ia adalah percuma semata-mata, jadi simpanan kita tidak akan boleh digunakan lagi.
Penerbangan ini tidak akan boleh dirampas, jadi jangan risau tentang pengganas.
Makanan tidak akan dihidangkan di sini, jadi jangan risau tentang alahan pada makanan atau samaada makanan itu halal atau tidak.
Jangan risau tentang kelewatan atau tundaan, kerana pesawat ini menepati waktu.  Ia berlepas dan mendarat pada waktu yang ditentukan.
Tidak perlu risau kepada program hiburan kerana  rasa untuk berhibur akan hilang lenyap.
Tidak perlu risau untuk menempah tiket kerana tiket kita telah ditempah sejak  janin kita terbentuk di dalam perut ibu kita lagi.
Oh! khabar gembira akhirnya...Jangan bimbang tentang siapa yang akan duduk di sebelah kita kerana kita akan menikmati layanan penuh kemewahan menjadi satu-satunya penumpang di dalam pesawat...jadi, nikmatilah ia jika mampu berbuat demikian......HANYA JIKA KITA MAMPU...!!!

-- DENGAN SEKALI RENTAPAN, PERJALANAN INI BERLANGSUNG TANPA AMARAN--

komen anda amatlah dihargai.Sekian.

Hafizah dan Alimah Selangor.

Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)