Jumaat, 16 April 2021

Pelajar ke 23, khatam Al- Quran di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahniah pada NUR TASSYA NABILA BINTI ASRI AL-HAFIZAH KHATAM 13 APRIL 2021 di hadapan gurunya, Ustazah Fatanah Izzati. 

Sebelum PKP setiap bulan, berulang alik dengan bas dari Perak ke madrasah.

 Pelbagai cabaran  termasuk kehilangan ayah tercinta semasa belajar dan bermacam halangan berjaya ditempuhi sepanjang belajar akhirnya membuahkan hasil. 

Semoga ini menjadi amal jariah bagi sesiapa saja yang terlibat mendokong seseorang pelajar hingga khatam terutama Pihak Pengurusan Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat, gurunya dan keluarganya.

Semoga diberi keberkatan ilmu dalam menjaga dan memelihara Al-Quran didada beberapa puluh tahun ke depan sehingga akhir hayat.

Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat menawarkan pengajian Alimah (kitab) BERASRAMA dibuka untuk: pelajar yang telah khatam hafazan 30 juz, lepasan PMR,SPM, atau mana-mana pelajar yang sudah tahu membaca Al-Quran. Penting bahawa pelajar ini mempunyai kematangan dan pemahaman yang baik - umur yang disyorkan adalah 15 tahun dan ke atas.

Pengajian Tahfiz ulang alik Harian pula dibuka untuk pelajar yang belum ada asas pengajian Al-Quran, (tahap-Iqra, Nazirah (mengaji), dan hafazan   bermula dari surah surah di dalam juz amma). umur yang disyorkan adalah 7 tahun dan ke atas.

Pengajian  Hafizah BERASRAMA pula disyorkan untuk pelajar 12 tahun dan ke atas, dan sudah mempunyai asas Al-Quran dan boleh berdikari.

Syarat untuk semua kategori diatas, pelajar itu mestilah bersih dari sebarang kes sosial, dan sihat tubuh badan dan mental.

Daftar sini: https://www.ptaz.edu.my



Rabu, 7 April 2021

Pemasangan karpet di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat.

Karpet untuk 3 floor sahaja dulu, belanja mengikut bajet semasa. 😉
Keadaan karpet kelas yang teruk terjejas kelas hafizah berasrama di groundfoor lot 28, Kelas Alimah di tingkat 1 lot 25, dan kelas hafizah ulang alik di tingkat 3, lot 30.
Berdikit-dikit dahulu. 

Tahfiz Ulang Alik, Pinggiran Subang, Seksyen U5

Impian kami nak lahirkan sebanyak mungkin hafizah di Pinggiran Subang, Subang Bestari, Subang Dua dan kawasan sekitar yang berdekatan.
Sekolah pagi, pergi madrasah sesi petang.
Sekolah petang, pergi madrasah sesi pagi.
Jadi persekolahan (arus perdana) anak-anak tetap berjalan seperti biasa di samping dapat menghafal dan meletakkan anak-anak di tempat yang selamat semasa ibubapa keluar bekerja.
Kapasiti bangunan pelajar ulang alik adalah 90 orang ( 2 floors= tingkat 1, dan tingkat 2).
Bagi anak-anak asnaf pula, jika sangat berminat boleh hubungi U.Hazwani untuk perbincangan lanjut perihal yuran (kemukakan bukti).



Madrasah Perempuan: Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Pengajian Alimah (kitab) BERASRAMA dibuka untuk: pelajar yang telah khatam hafazan 30 juz, lepasan PMR,SPM, atau mana-mana pelajar yang sudah tahu membaca Al-Quran. Penting bahawa pelajar ini mempunyai kematangan dan pemahaman yang baik - umur yang disyorkan adalah 15 tahun dan ke atas.

Pengajian Tahfiz ulang alik Harian pula dibuka untuk pelajar yang belum ada asas pengajian Al-Quran, (tahap-Iqra, Nazirah (mengaji), dan hafazan bermula dari surah surah di dalam juz amma), umur yang disyorkan adalah 7 tahun dan ke atas.

Pengajian Hafizah BERASRAMA pula disyorkan untuk pelajar 12 tahun dan ke atas, dan sudah mempunyai asas Al-Quran dan boleh berdikari.

Syarat untuk semua kategori diatas, pelajar itu mestilah bersih dari sebarang kes sosial, dan sihat tubuh badan dan mental.

Pendaftaran Alimah 2026 Ke Pondok Zahratul Uloom

KELAYAKAN PERMOHONAN MENGIKUT KELAS 2026 KELAS ALIMAH 1(Kitab asas turath) Kelayakan :Terbuka kepada semua pelajar sihat yang berminat (12 ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)