Khamis, 25 Disember 2014

Cara Membayar Yuran




CARA BAYARAN YURAN PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT . 
Mulai tahun 2020, segala pembayaran yuran hanya dilakukan melalui bank ke akaun madrasah. Terima kasih. 

Online transfer.
1- Letakkan e-mel madrasah (pusattahfizazzahrah@yahoo.com)  di e-mel penerima,     dan bukannya alamat emel sendiri. Jika perlukan resit,  boleh sentiasa cetak semula di maybank2u.
2- Tuliskan nama penuh anak dan yuran bulan berapa. Elakkan tulis "yuran tahfiz,  yuran angah" dan seumpamanya.
**Jika tidak letakkan emel madrasah,  perlulah maklumkan pihak madrasah / maklumkan Ustazah Hazwani +60176393257 melalui SMS atau whatsapp nama penuh anak dan yuran bulan berapa.

Bank in / CDM
1-Setelah depositkan di CDM,  maklumkan Ustazah Hazwani +60176393257 melalui SMS atau whatsapp nama penuh anak dan yuran bulan berapa.


TERIMA KASIH KEPADA IBU/BAPA/PENJAGA YANG MELUNASKAN YURAN SEBELUM 1 HARIBULAN SETIAP BULAN.  SEMOGA ALLAH MENAMBAHKAN KEBERKATAN DALAM REZEKI TUAN/PUAN.

YURAN HENDAKLAH DIBAYAR SELEWAT-LEWATNYA PADA 5 HARIBULAN.

JIKA ADA TUNGGAKAN, BAYARLAH HUTANG WALAU TIDAK DIMINTA.

Selasa, 10 Jun 2014

Geletin

sila klik pada gambar


tulisan asal: Ustaz mohd Dailami  
rujuk di sini



Sejak isu cadbury keluar bermacam macam soalan masuk ke inbox, walaupun sudah ramai Ulama' tampil memberi pendapat masih juga ramai yang bertanya saya apakah pendirian saya dalam hal ini.

Gelatin atau gelatine yg bermaksud stiff atau frozen (beku) ianya jernih, tanpa warna dan rapuh.Tidak mempunyai rasa yang diambil dari collagen pelbagai haiwan.

Gelatin adalah campuran peptides dan protien yang dibuat melalui proses hydrolysis yang kebiasaannya melalui 3 proses.

1)Pretreatment 2) Extraction 3) Recovery. Ianya merangkumi kesemua proses refining, recovering, filtration, evaporation, drying, grinding, sifting dan sterilization.

Gelatin cair apabila dipanaskan dan membeku semula apabila disejukkan.Ianya mengandungi 44% kulit haiwan, 28% Bovine Hides dan 27% tulang haiwan.

Atas dasar fatwa dan usul istihala iaitu menukar perkara haram menjadi halal contohnya daripada arak halal apabila menjadi cuka.

Contoh yang diberikan ialah letak satu benih sayur ke atas najis lembu, benih itu membesar dan boleh dimakan walaupun kesemua bahannya dari najis tetapi telah melalui satu proses yang menjadikan sayur itu halal.

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad ibn Hasan As Syaibani berpendapat dgn kaedah istihala ini walaupun Imam Abu Yusuf di dalam mazhab Hanafi menolak hujjah mereka.

Pandangan Shaikh Yusuf Qardhawi ini merupakan salah satu pandangan dalam mesyuarat fatwa Majma' Fiqh Islami tentang isu gelatin babi, namun ketetapan dan keputusan yang diraih oleh Majma' Fiqh Islami ialah mengharamkan sebarang bentuk produk makanan yang terhasil daripada sumber Babi.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan sebagai Haram.Sejajar dengan fatwa Majma' Fiqh Islami & Lajnah Ifta Arab Saudi.

Disamping European Fatwa Council dan Fatwa Kuwait memfatwakan ianya halal di atas dalil umumul balwa.Sesuatu yang mana tidak boleh dibendung dan telah menjadi kebiasaan masyarakat.

Di Malaysia khususnya perkara ini dipantau dengan rapi oleh jabatan agama dan tidak timbul isu umumul balwa sedang rakyat kita dikurniakan Allah dengan bermacam pilihan rezeki yang sudah pasti tiada keraguan di dalamnya.

Jumhur ulama' (majority Ulama' Ahli Sunnah Wal Jama'ah) menyatakan bahawa pengharaman babi dan berkaitan dengannya adalah jelas rujuk Al Baqarah 2: ayat 173 Al Maa’idah 5:ayat 3 Al An `Aam 6 : ayat 145, An Nahl 16: ayat 116.

Setiap bahagian dari haiwan bermula dari daging, tulang, hati, limpa, kulit dan lain lain mestilah di sembelih dengan sembelihan yang melepasi garis yang ditetapkan syara'.

Firman Allah swt "Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

Jika ia tidak disembelih dengan kaedah Syari'ah walaupun pada asalnya lembu itu halal dimakan tetapi tetap dianggap bangkai kerana mati atau dagingnya didapati tanpa sembelihan yang betul.

Hujjah ini menguatkan lagi pendapat jumhur Ulama' yang mana pada kebiasaannya gelatin babi sudah pasti tidak ada sembelihan yang baik (dan jika ada pun ianya tidak diambil kira) dan sesetengah proses mengambil gelatin haiwan ini semasa ianya masih hidup.

Kita menghormati keilmuan yg ada pada Syaikh Yusuf Qardhawi, beliau seorang yang alim dan sangat faqeh, namun ulama' muda mahupun fresh graduate disarankan supaya mengelak drpd konsep خالف تعرف.Dalam satu stadium kalo kita letak kipas atas kepala atau tidak berpakaian mungkin cepat dikenali tapi apa gunanya dikenali dgn kepelikan.

Mafhum:
Gelatin Babi haram.

Wabillahi Taufiq.

Selasa, 31 Disember 2013

JADUAL HARIAN

31 October 2013 at 12:18





JADUAL HARIAN
untuk pra-hafiz diadakan kelas fardhu ain diadakan setiap hari sabtu.
4:00-5:00 pagi  > solat tahaajjud & kelas
 6;00 -8:00         >solat subuh, bacaan yasin dan kelas
 8:00-9:00          >rehat, khidmat kebersihan asrama dan diri serta sarapan
 9;00-11:45         >kelas
12;00 -1:00ptg   >tidur
 1;00 ptg            >makan, solat zohor
 2;00-4:30          >kelas
 4;45                  >solat asar dan ta'lim
  5:15-7:00         > rehat ( waktu lapang)
 7:00                  > bacaan yasin dan solat maghrib
 7;20 mlm -9:15 > kelas
 9;30                   > solat isya'
 10;00                 > rehat
10:30                  >tidur

WAKTU MELAWAT  MINGGU KE-2 SAHAJA

Ahad: 9 pagi-5:30 petang (1:30-2:00 petang ditutup untuk laluan solat Zohor dan 4:30-5;00 ditutup untuk laluan solat Asar)


**IBU/BAPA/PENJAGA HENDAKLAH MEMATUHI WAKTU MELAWAT UNTUK MENGELAKKAN TINDAKAN DISIPLIN.

Klik di sini untuk melihat takwim cuti 2019

SENARAI BARANG KEPERLUAN

SENARAI BARANG KEPERLUAN
-Salinan kad pengenalan / surat beranak serta surat berhenti sekolah/ surat berhenti madrasah.
-Buku iqra'(bagi yang baru mula).
- 3 pasang baju jubah UNGGU CAIR & TUDUNG LABUH UNGGU PEKAT (kelas)-PEREMPUAN
- 2 helai jubah hitam (keluar masuk madrasah)-PEREMPUAN
- 2 helai tudung labuh (hitam)-PEREMPUAN
- 2 helai purdah PEREMPUAN
-3 helai baju tidur (labuh sekurang-kurangnya sehingga bawah lutut)
-3 pasang stoking-sepasang kasut
- gelas dan sudu
-barangan mandi dan keperluan peribadi seperti;
    baldi,berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh baju, berus kain, shampoo
- 2 pasang cadar-single (yang tidak bergambar/kartun)
-bantal
- 3 helai seluar panjang
- 2 helai tuala mandi
- selimut




contoh uniform

Ahad, 20 Januari 2013

SYARAT KEMASUKAN & PERATURAN INSTITUSI;

Syarat Kemasukan
1. Bersih daripada sebarang masalah sosial, jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2. Sihat mental dan tubuh badan.
3. Datang mendaftar dan keluar masuk madrasah bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat sahaja.
4. Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Pengetua madrasah atau pun pihak pengurusan madrasah.
5. Setiap ibu bapa / penjaga dinasihatkan membayar yuran pendaftaran kemasukan beserta yuran bulanan  terlebih dahulu semasa mendaftarkan anak.YURAN KEMASUKAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN KEMBALI. 
Yuran bulanan mestilah dibayar sebelum 1 haribulan atau selewatnya 5 haribulan setiap bulan.
6. Bagi setiap pelajar disyaratkan berumur 12 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur bawah 12 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan madrasah yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat untuk perbincangan lanjut ).
7. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari premis madrasah pada hari Sabtu/ Ahad kecuali dengan kebenaran Pihak Madrasah atas sebab tertentu. (sakit dan lain-lain)
8. Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa.
9. Pelajar tersebut berminat untuk belajar dan matang serta boleh berdikari serta bebas dari penyakit kutu kepala(untuk kebaikan bersama).
Harap maklum.

PELAJAR YANG INGIN MENDAFTARKAN DIRI KE DALAM PUSAT TAHFIZ AZ-ZAHRAH MESTILAH MENANDATANGANI PERAKUAN UNTUK MENGIKUT PERATURAN INSTITUSI;

1.Pelajar tidak membawa barang berharga, pihak madrasah* tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kehilangan/kerosakan barangan tersebut.
2.Pelajar dilarang keras membawa telefon bimbit, iPad, bahan bacaan yang tidak islamik dan yang seumpamanya.
3.Pelajar tidak dibenarkan membuat panggilan telefon kecuali kepada ibubapa/penjaga dibawah pengawasan Pihak Madrasah. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit selama berada di madrasah sama ada handphone sendiri atau pinjam daripada ibu bapa pelajar lain. 
4. Berperangai buruk seperti membuli dan bergaduh amat ditegah sama-sekali,  perbuatan ini boleh mengakibatkan pelajar digantung/ dibuang.
5.Pihak Madrasah berhak untuk membuang mana-mana pelajar yang didapati melanggar hukum shariah atau peraturan dan tatatertib madrasah tanpa sebarang notis bertulis. 
6. Pihak madrasah tidak bertanggungjawab di atas sebarang perkara yang berlaku setelah pelajar terbabit lari/ keluar dari bangunan madrasah samaada ke rumah/kedai dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Pengetua/Madrasah.
7.Pelajar hanya dibenarkan keluar dari madrasah dengan ibu bapa/penjaga yang berdaftar dengan madrasah sahaja, dan mestilah mendapatkan keizinan Pengetua/madrasah terlebih dahulu.
8.Pelajar yang keluar pada hari cuti bulanan mesti hadir ke madrasah sebelum waktu Asar.
9.Pelajar mestilah menjaga kebersihan & peralatan madrasah (meja, almari, dapur dan seumpamanya) yang disediakan. Sebarang kero
sakan yang diakibatkan oleh pelajar adalah atas tanggungan pelajar/ ibu bapa/penjaga.

SYARAT DAN PERATURAN.

SYARAT KEMASUKAN::
1. Bersih daripada sebarang masalah sosial, jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2. Sihat mental dan tubuh badan, dan tiada gangguan perasaan/ histeria.
3. Datang mendaftar dan keluar masuk madrasah bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat sahaja, (terutama untuk pelajar perempuan).
4. Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Pengetua madrasah atau pun pihak pengurusan madrasah.
5. Belajar dengan kerelaan sendiri dan tidak dipaksa ke madrasah .
6. Bagi setiap peelajar  disyaratkan berumur 12 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur bawah 12 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan madrasah yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat untuk perbincangan lanjut ).
7. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari premis madrasah pada hari Sabtu/ Ahad kecuali dengan kebenaran Pihak Madrasah atas sebab tertentu. (sakit dan lain-lain)
8. Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa.
9. Pelajar tersebut  matang serta boleh berdikari menguruskan diri sendiri.
Harap maklum.

PERATURAN INSTITUSI
1.Pelajar tidak boleh membawa barang berharga, jam atau pakaian mahal, atau duit yang banyak pada satu masa, pihak madrasah tidak bertanggungjawab  di atas kehilangan/kerosakan barangan tersebut.
2.Pelajar dilarang keras membawa telefon bimbit, iPad, bahan bacaan yang tidak islamik dan yang seumpamanya.
3.Pelajar tidak dibenarkan membuat panggilan telefon kecuali kepada ibubapa/penjaga dibawah pengawasan Pihak Madrasah.
4. Berperangai buruk seperti mencuri, membuli dan bergaduh amat ditegah sama-sekali,  perbuatan ini boleh mengakibatkan pelajar digantung/ dibuang.
5.Pihak Madrasah berhak untuk membuang mana-mana pelajar yang didapati melanggar hukum shariah atau peraturan dan tatatertib madrasah tanpa sebarang notis bertulis. 
6. Pihak madrasah tidak bertanggungjawab di atas sebarang perkara yang berlaku setelah pelajar terbabit lari/ keluar dari bangunan madrasah samaada ke rumah/kedai dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Pengetua/Madrasah.
7.Pelajar hanya dibenarkan keluar dari madrasah dengan ibu bapa/penjaga yang berdaftar dengan madrasah sahaja, dan mestilah mendapatkan keizinan Pengetua/madrasah terlebih dahulu.
8.Pelajar mestilah mematuhi waktu cuti dan waktu persekolahan yang ditetapkan.
9.Pelajar mestilah menjaga kebersihan & peralatan madrasah (meja, almari, alatan dapur dan seumpamanya) yang disediakan. Sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh pelajar adalah atas tanggungan pelajar.
                                       
Gambar sekitar 2019

Pendaftaran Alimah 2026 Ke Pondok Zahratul Uloom

KELAYAKAN PERMOHONAN MENGIKUT KELAS 2026 KELAS ALIMAH 1(Kitab asas turath) Kelayakan :Terbuka kepada semua pelajar sihat yang berminat (12 ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)