Memandangkan para asatizah datang dari berbagai tempat dan mempunyai berbagai cara menghafal, pihak pengurusan madrasah telah memutuskan supaya hafalan Al-Quran di PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT telah diseragamkan kepada satu sistem sahaja yang mana dengan kaedah ini, para pelajar akan mengulang lebih kurang 5-6 juzuk sehari bergantung kepada hafalan masing-masing. Semoga bermanfaat sebagai panduan kepada yang berjinak-jinak menghafal dirumah juga. Boleh di copy paste atau share. Segala ilmu milik Allah jua.
*GURU KELAS WAJIB SEMAK SABAQ UNTUK DIHAFAL ESOK SECARA BACAAN TENGOK DENGAN PELAJAR UNTUK MENGELAKKAN HAFALAN YANG SALAH.
*JIKA DIHAFAL SURAH PENTING DAHULU, MANZIL BOLEH BUAT 2 SURAH, 2 SURAH.
*SETELAH HABIS HAFAL SATU JUZ MESTI DIBACA ULANGAN ¼ JUZ, ¼ JUZ SEHINGGA HABIS KEMUDIAN ½JUZ, ½JUZ, SETERUSNYA AKAN DIBUAT UJIAN UNTUK JUZ TERSEBUT (TEBUK).
TIPS* SEMASA SEMAKAN MANZIL SENDIRI TULISKAN NOTA JIKA TERJUMPA AYAT YANG SAMA (DI SURAH LAIN / SURAH TERSEBUT) DAN TEKANKAN BACAAN PADA HAFALAN YANG SALAH (TERSALAH BARIS, TERTINGGAL HURUF DAN SEBAGAINYA).
* BACAAN PADA KOTAK MERAH ( SABAQ, 5 SABAQ & PARA SABAQ) WAJIB DISEMAK DENGAN USTAZAH. BAGAIMANAPUN BACAAN PADA KOTAK HIJAU (MOHKTAR ) BOLEHLAH DISEMAK DENGAN KAWAN ATAU USTAZAH . BACAAN MANZIL BOLEH DISEMAK DENGAN KAWAN ATAU SEMAK SENDIRI.
*KAEDAH INI BERKUATKUASA SERTA MERTA.
USTAZAH HAZWANI
6 MAC 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan