Khamis, 16 Februari 2023

Hafizah dan Alimah Selangor.

Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah (termasuk Bukhari) di kelas Dauratul Hadith manakala pengajian tahfiz dalam kelas hafizah pula bermula dari hafazan sehingga Syahadah, bagaimanapun, bagi pelajar yang sangat lemah dalam pembacaan Al-Quran, mereka akan dimasukkan ke kelas iqra' dan nazirah terlebih dahulu.  
Umur untuk pengajian berasrama adalah 12 tahun ke atas sehingga 20 tahun, manakala bagi pengajian ulang-alik, berumur 7 tahun ke atas. 
Layari website madrasah Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat www.ptaz.edu.my untuk mendaftar. 

Ahad, 4 Disember 2022

KAFA +TAHFIZ 2023

KAFA+ TAHFIZ PINGGIRAN SUBANG: Pengajian KAFA fokus pada silibus (UPKK) Sekolah Rendah Islami untuk pelajar lelaki dan perempuan *murid sekolah rendah 7-12 tahun sahaja. 

Silibus tahfiz pula diajar mengikut standard pengajian di madrasah. Whatsap

Rabu, 23 November 2022

Pengajian Alimah di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Kelas DAURATUL HADITH di PTAZL, para pelajar mempelajari kitab hadis bersanad (kitab-kitab sunan sittah), Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Jami’ al-Tirmizi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Abi Daud dan Sunan Ibn Majah  secara bertalaqqi.
Bagi pelajar madrasah lain, anda boleh menyertai kami mengikut tahap pengajian anda . 
 

Ahad, 13 Februari 2022

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH

 


Program cuti sekolah untuk anak-anak perempuan yang berumur 7- 17 tahun. 


Anak-anak buang masa di rumah musim cuti?

Nak hantar tahfiz tapi kurang yakin boleh berdikari dalam asrama?

 Dah dekat Ramadhan ni masjid bagi tak jemaah perempuan masuk?

kena terawih kat rumah ke?

 Anak solat baca Surah Fatihah je? 

Paling koman sekurang-kurangnya persediaan Ramadhan nanti anak-anak dah hafal surah lazim .

Buat julung kalinya PTAZL membuka seluasnya ruang kepada yang, sihat dan berminat menghantar anak untuk berjinak-jinak dengan tahfiz untuk masuk ke madrasah sempena cuti sekolah. 

Kem Tahfiz minggu pertama: 
Surah lazim atau surah pilihan + Tahsin Solat Fardhu + Fardhu Ain

Kem Tahfiz minggu kedua: 
Surah lazim atau surah pilihan + Tahsin Solat Jenazah + Fardhu Ain


Kem Tahfiz minggu ketiga: 
Surah lazim atau surah pilihan + Solat Sunat Terawih dan Solat Sunat Hari Raya  + Fardhu Ain


Program cuti sekolah ni boleh di pilih mengikut kesesuaian masing-masing. 
Berikut adalah program yang ditawarkan dalam tempoh  27 Feb 2022- 19 Mac 2022.


 KHAS UNTUK PELAJAR PEREMPUAN SAJA.


Untuk lebih detail klik https://youtu.be/IFiMKyjtyaY tentang modul kem tahfiz ini. 

cara nak daftar senang saja klik link ini https://forms.gle/D6i4FuhYk6zC3qfA9 segera sebelum kehabisan tempat.


 10 peserta kategori asrama kem tahfiz dan 10 peserta  kategori tahfiz harian sementara akan mendapat harga early bird. 
Dan peserta seterusnya akan mendapat harga yuran standard .






Isnin, 31 Januari 2022

Sumbangan dan tajaan.

Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat adalah madrasah yang menjalankan operasi dengan yuran. Kami mengambil yuran bagi pelajar yang mampu dan memberi pengurangan yuran bagi pelajar asnaf.

Sebanyak manapun kami ingin membantu, ternyata sumber kami juga terhad.Syarikat gergasi pun boleh muflis dan gulung tikar dengan tamparan pandemik covid apatah lagi madrasah yang kecil. 

Alhamdulillah, madrasah bertahan sehingga akhir pandemik, tetapi menanggung overhead yang tinggi yang akhirnya menjadi tunggakan institusi. 

Dua tahun kebelakangan ini, ibu/bapa/penjaga kepada pelajar-pelajar kami banyak yang terjejas dan meninggalkan tunggakan yuran yang agak besar untuk madrasah tanggung sendirian (jumlah tidak temasuk diskaun yuran dan juga program pengurangan yuran bagi asnaf). 

 Klik link Sumbangan Operasi dan pembangunan:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=368   untuk membantu madrasah.

Banyak yang terkandas, dan banyak pula yang menanggung beban hutang. Adakah Tuan Puan mahu menjadi salah seorang penyumbang sama ada bagi pelajar dengan melunaskan tunggakan yuran mereka (akan kami potong beban yuran mereka sebagai langsai tunai hutang) atau menaja yuran pelajar asnaf atau melangsaikan tunggakan lama pelajar bukan asnaf yang terkesan pandemik.

 Klik Sumbangan Tajaan Pelajar:  https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=366 untuk membantu pelajar.

Moga Allah balas dengan kebaikan pula.


Hafizah dan Alimah Selangor.

Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)