Selasa, 28 Ogos 2018

PROSES VISA PELAJAR TAHFIZ

PROSES PERMOHONAN VISA IKHTISAS SELANGOR UNTUK PELAJAR TAHFIZ PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (di Pinggiran Subang, Daerah Petaling. )

Bagi pelajar asing yang ingin memohon belajar di PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT, perlulah membayar Yuran kemasukan madrasah RM500.00+ RM900.00 tiga bulan yuran bulanan madrasah terlebih dahulu.

Bagi permohonan visa kali pertama, hendaklah membuat bayaran RM1000.00 untuk visa (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah), dan bayaran untuk setiap kali lanjutan adalah RM150.00 (termasuk kos kerja pemprosesan visa oleh pihak madrasah). Pemberian tempoh visa bergantung pada keputusan temuduga Pihak JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) DAN tempoh surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam, JAKIM.



1-Submit permohonan & dokumen yang dikehendaki secara online ke e-ikhtisas, JAKIM untuk pelajar 18 tahun ke atas sahaja, jika bawah 18 tahun ke bawah, dapatkan borang di pejabat JAIS sahaja. (tidak perlu upload dokumen di e-ikhtisas). 

2-Temuduga di pejabat JAIS, SHAH ALAM (pastikan hari yang betul dengan calon temuduga)- JAIS MENETAPKAN MESTI DI HANTAR OLEH WAKIL MADRASAH.

Selasa untuk GURU,
Rabu untuk PELAJAR  18 TAHUN KE ATAS,
Isnin dan Selasa untuk PELAJAR 18 TAHUN KE BAWAH

Sesi pendaftaran temuduga di JAIS adalah 8:00-9:00 pagi. Sesi temuduga biasanya mengambil masa sehingga 12 tengahari.

3-Selepas mendapat kelulusan JAIS, perlu tunggu kelulusan daripada JAKIM dan ambil surat kelulusan di pejabat JAKIM PUTRAJAYA atau minta salinan daripada Pihak JAIS  (surat sokongan JAKIM diperoleh dalam masa 7 hari bekerja setelah permohonan dihantar)

4-Binding semua dokumen (seperti senarai di dalam gambar) termasuk setiap mukasurat pasport.

5-Cop duti setem/personal bond di Jalan Duta, Kuala Lumpur-sendiri atau wakil.

6-Urusan hantar dokumen imigresen ke Putrajaya (jika pertama kali) @ imigresen Shah Alam (jika lanjutan)- perlu dapatkan nombor giliran sebelum  pukul 7 pagi, sebaiknya anda bertolak dari rumah sebelum Subuh.

7-Hari pengambilan visa biasanya ditentukan oleh Pihak Imigresen dalam tempoh 2-3 minggu. Sila pergi di awal pagi. Tempoh menunggu  visa diproses biasanya memakan sehari, pagi sehingga petang. Rancanglah perjalanan anda sebaiknya.

*Penting:
*Buatlah permohonan visa sekurangnya sebulan  sebelum tamat visa / permit masuk Malaysia.
* Jika wakil yang uruskan visa, perlu ada surat wakil daripada madrasah.
 *Jika anda ingin menyambung visa  dari penganjur yang lain, pastikan anda telah mohon     surat tukar penganjur daripada madrasah yang terdahulu.
*Jika anda salahgunakan visa, madrasah boleh adukan kepada pihak berkuasa dan visa anda akan dibatalkan.

Ahad, 20 Mei 2018

TAJAAN RAMADHAN

#RamadhanMenjelmaLagi
#PersiapanMenyambutRamadhan

Assalamualaikum, 
Sempena kedatangan Ramadhan, kami mengalu-alukan sumbangan seikhlas hati sama ada dari bentuk bahan mentah atau kewangan untuk perbelanjaan madrasah. 
Pelajar 144 orang, jika termasuk guru-guru dan pihak pengurusan semuanya 165 orang. 
Untuk makluman jika sahabat sahabat nak buat tajaan buka puasa /moreh ke madrasah Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat boleh hubungi:

Tuan Haji Age +60193033362
Ummi Siti Nazirah +60 12-234 2452
Ustazah Hazwani +6017-6393257

*PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT*
*(MAYBANK 562740131231)*
*Sumbangan Ramadhan* 

“Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". {Surah Saba’ Ayat 39}
=======================

Khamis, 23 November 2017

PENUBUHAN PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT

         Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat pada mulanya beroperasi di perumahan di Sungai Buloh, pada tahun 2012 dengan seorang pelajar dan seorang guru (Ustazah Hazwani).  Setiap tahun pihak pengurusan buat penambahbaikan demi memajukan lagi madrasah ini, tahun demi tahun ada saja penambahan yang dilakukan.
         Pada hari ini (2019) kami berbangga mempunyai kekuatan 13 orang guru untuk aliran hafizah dan alimah beserta 144 orang pelajar dengan bangunan rumah kedai sebanyak 3 lot x 3 tingkat di Pinggiran Subang, Shah Alam. Segala pujian hanya bagi Allah yang menyempurnakan segala kerja yang baik.
         Sekalung penghargaan pada semua ahli Jemaah Pengurusan Pusat Tahfiz az Zahrah Lilbanat. Lihat videonya di sini.

Khamis, 17 Ogos 2017

Ibadah Korban Rangkaian Tahfiz Az Zahra 2017

السلام عليكم
[PENDAFTARAN KORBAN KINI DIBUKA]

{"Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."} Al Haj:37

Ibadah Korban di DARUL ULUM AZ ZAHRA dengan hanya RM650 1 bahagian.

Daging daging korban ini akan disalurkan kepada pelajar pelajar DARUL ULUM AZ ZAHRA, PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT DAN PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRA PINGGIRAN SUBANG. Seramai 300 orang pelajar keseluruhannya.

Dan kami juga MEMBANTU KOMUNITI MUSLIM YANG MEMERLUKAN.
Pihak kami sentiasa memberi keutamaan dalam membantu komuniti Muslim yang memerlukan di kawasan sekitar Institusi Tahfiz kami.

Sebarang bayaran boleh bank in ke akaun:
Darul Ulum Az Zahra (Maybank)

Atau boleh terus hubungi di talian.

Hubungi :

UMD 013 398 1107

Ust Taufik +60 11 2344 3297

Haji Agil 019 303 3362

Sekian, terima kasih.

HUBUNGI KAMI

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)
No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150
Shah Alam, Malaysia

ALAMAT EMEL
pusattahfizazzahrah@yahoo.com

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:

MUDIRAH / PENGETUA:
USTAZAH HAZWANI (0176393257)

PIHAK PENGURUSAN:
TUAN HAJI AGIL (0193033362)
USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)

Tekan link gambar-gambar madrasah sepanjang 2019 untuk melihat kawasan sekitar madrasah.



Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat adalah sebuah institusi tahfiz berasrama untuk pelajar perempuan.

FAQ:
1- Madrasah ni ada akademik tak?
>>>>Tak ada.

2- LINK PENTING UNTUK RUJUKAN:
MAKLUMAT DAFTAR 2021: https://www.ptaz.edu.my/2756-2/

6-Madrasah ni madrasah kerajaan ke? ada berdaftar dengan JAIS ke?
>>>> PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT adalah madrasah swasta yang berdaftar dengan JAIS & JAKIM. Nombor pendaftaran JAIS: JAI.SEL. BPI 03/05/083/01 JLD 5 (12).
Nombor pendaftaran JAKIM: BZH8031

7- Umur yang diterima masuk?
Untuk aliran hafizah disyorkan berumur 10-14 tahun & aliran alimah pula berumur 15-20 tahun.

8- Apa beza alimah dan hafizah?
>>>>Kelas Hafizah adalah kelas khas untuk menghafal Al-Quran disamping juga diajarkan kelas fardhu ain pada setiap Sabtu manakala kelas Alimah pula ialah kelas belajar kitab ( ilmu tentang hukum hakam ,ilmu tafsir, ilmu hadis dan sebagainya ) disamping menghafal Al-Quran pada sedikit masa yang terluang sebelum dan selepas subuh. Penggal pertama telah hampir selesai dengan kitab-kitab untuk asas Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Jawi, Fiqh, Sirah, Dan Hadith diterjemah kepada Bahasa Melayu dan Inggeris.

9-Bila pengambilan pelajar?
>>>> untuk aliran hafizah pengambilan pelajar baru selagi masih ada kekosongan (datang waktu pejabat sahaja) & untuk aliran Alimah pengambilan pelajar hanya pada awal tahun sahaja kerana mereka belajar mengikut silibus yang ditetapkan ( ALIMAH tahun 1-2 kitab diajar dalam bahasa Arabic-English-Malay dan asas Urdu). 

10- Cuti?
Cuti diberi setiap bulan, balik ke rumah. (lihat jadual tahunan di album PTAZ LILBANAT)
Waktu melawat setiap Ahad minggu kedua madrasah (tidak dibenarkan keluar dari premis madrasah)

Sekian, Harap Maklum.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT KLIK DI SINI :

WARNA UNIFORM DI DALAM KELAS











Pendaftaran Alimah 2026 Ke Pondok Zahratul Uloom

KELAYAKAN PERMOHONAN MENGIKUT KELAS 2026 KELAS ALIMAH 1(Kitab asas turath) Kelayakan :Terbuka kepada semua pelajar sihat yang berminat (12 ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)