Sebanyak manapun kami ingin membantu, ternyata sumber kami juga terhad.Syarikat gergasi pun boleh muflis dan gulung tikar dengan tamparan pandemik covid apatah lagi madrasah yang kecil.
Alhamdulillah, madrasah bertahan sehingga akhir pandemik, tetapi menanggung overhead yang tinggi yang akhirnya menjadi tunggakan institusi.
Dua tahun kebelakangan ini, ibu/bapa/penjaga kepada pelajar-pelajar kami banyak yang terjejas dan meninggalkan tunggakan yuran yang agak besar untuk madrasah tanggung sendirian (jumlah tidak temasuk diskaun yuran dan juga program pengurangan yuran bagi asnaf).
Klik link Sumbangan Operasi dan pembangunan: https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=368 untuk membantu madrasah.
Banyak yang terkandas, dan banyak pula yang menanggung beban hutang. Adakah Tuan Puan mahu menjadi salah seorang penyumbang sama ada bagi pelajar dengan melunaskan tunggakan yuran mereka (akan kami potong beban yuran mereka sebagai langsai tunai hutang) atau menaja yuran pelajar asnaf atau melangsaikan tunggakan lama pelajar bukan asnaf yang terkesan pandemik.
Klik Sumbangan Tajaan Pelajar: https://asis.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=asis0031&id=366 untuk membantu pelajar.
Moga Allah balas dengan kebaikan pula.