Selasa, 10 Jun 2014

Geletin

sila klik pada gambar


tulisan asal: Ustaz mohd Dailami  
rujuk di sini



Sejak isu cadbury keluar bermacam macam soalan masuk ke inbox, walaupun sudah ramai Ulama' tampil memberi pendapat masih juga ramai yang bertanya saya apakah pendirian saya dalam hal ini.

Gelatin atau gelatine yg bermaksud stiff atau frozen (beku) ianya jernih, tanpa warna dan rapuh.Tidak mempunyai rasa yang diambil dari collagen pelbagai haiwan.

Gelatin adalah campuran peptides dan protien yang dibuat melalui proses hydrolysis yang kebiasaannya melalui 3 proses.

1)Pretreatment 2) Extraction 3) Recovery. Ianya merangkumi kesemua proses refining, recovering, filtration, evaporation, drying, grinding, sifting dan sterilization.

Gelatin cair apabila dipanaskan dan membeku semula apabila disejukkan.Ianya mengandungi 44% kulit haiwan, 28% Bovine Hides dan 27% tulang haiwan.

Atas dasar fatwa dan usul istihala iaitu menukar perkara haram menjadi halal contohnya daripada arak halal apabila menjadi cuka.

Contoh yang diberikan ialah letak satu benih sayur ke atas najis lembu, benih itu membesar dan boleh dimakan walaupun kesemua bahannya dari najis tetapi telah melalui satu proses yang menjadikan sayur itu halal.

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad ibn Hasan As Syaibani berpendapat dgn kaedah istihala ini walaupun Imam Abu Yusuf di dalam mazhab Hanafi menolak hujjah mereka.

Pandangan Shaikh Yusuf Qardhawi ini merupakan salah satu pandangan dalam mesyuarat fatwa Majma' Fiqh Islami tentang isu gelatin babi, namun ketetapan dan keputusan yang diraih oleh Majma' Fiqh Islami ialah mengharamkan sebarang bentuk produk makanan yang terhasil daripada sumber Babi.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan sebagai Haram.Sejajar dengan fatwa Majma' Fiqh Islami & Lajnah Ifta Arab Saudi.

Disamping European Fatwa Council dan Fatwa Kuwait memfatwakan ianya halal di atas dalil umumul balwa.Sesuatu yang mana tidak boleh dibendung dan telah menjadi kebiasaan masyarakat.

Di Malaysia khususnya perkara ini dipantau dengan rapi oleh jabatan agama dan tidak timbul isu umumul balwa sedang rakyat kita dikurniakan Allah dengan bermacam pilihan rezeki yang sudah pasti tiada keraguan di dalamnya.

Jumhur ulama' (majority Ulama' Ahli Sunnah Wal Jama'ah) menyatakan bahawa pengharaman babi dan berkaitan dengannya adalah jelas rujuk Al Baqarah 2: ayat 173 Al Maa’idah 5:ayat 3 Al An `Aam 6 : ayat 145, An Nahl 16: ayat 116.

Setiap bahagian dari haiwan bermula dari daging, tulang, hati, limpa, kulit dan lain lain mestilah di sembelih dengan sembelihan yang melepasi garis yang ditetapkan syara'.

Firman Allah swt "Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

Jika ia tidak disembelih dengan kaedah Syari'ah walaupun pada asalnya lembu itu halal dimakan tetapi tetap dianggap bangkai kerana mati atau dagingnya didapati tanpa sembelihan yang betul.

Hujjah ini menguatkan lagi pendapat jumhur Ulama' yang mana pada kebiasaannya gelatin babi sudah pasti tidak ada sembelihan yang baik (dan jika ada pun ianya tidak diambil kira) dan sesetengah proses mengambil gelatin haiwan ini semasa ianya masih hidup.

Kita menghormati keilmuan yg ada pada Syaikh Yusuf Qardhawi, beliau seorang yang alim dan sangat faqeh, namun ulama' muda mahupun fresh graduate disarankan supaya mengelak drpd konsep خالف تعرف.Dalam satu stadium kalo kita letak kipas atas kepala atau tidak berpakaian mungkin cepat dikenali tapi apa gunanya dikenali dgn kepelikan.

Mafhum:
Gelatin Babi haram.

Wabillahi Taufiq.

Hafizah dan Alimah Selangor.

Pengajian Islam, tafsir dan hadis di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam kelas alimah 1-5 bermula dari basic sehingga Khatam Sunan Sittah ...

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat

Tahfiz Ulang Alik Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
(terbuka untuk pelajar berumur 7-20 tahun

HUBUNGI PTAZ LILBANAT

PEJABAT PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT (PEREMPUAN SAHAJA)

No 25 Jalan Matahari ZU5/Z, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150

Shah Alam,Selangor, Malaysia



NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:


MUDIRAH / PENGETUA:

USTAZAH HAZWANI (0176393257)


PIHAK PENGURUSAN:

Pejabat PTAZL (01129847699)

USTAZAH SITI NAZIRAH (0122342452)